Wednesday, November 4, 2009
Pengalaman Baru
Tanggal 1 Mac 1990, aku dipinjamkan ke Unit Komputer, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Aku antara salah seorang ahli jawatankuasa Projek Merah Dua, Jabatan Perdana Menteri. Projek tu adalah projek Sistem Maklumat Murid yang bersepadu. Complecated betul aplikasi tu, dari nama, tarikh lahir, hingga ke kedudukan gigi dan lesen memandu pelajar pun masuk. Tak sama dengan Sistem Maklumat Murid (SMM) sekarang, simple je. Hari-hari aku aku berulang-alik dari Hulu Kelang ke SUK Selangor, Shah Alam.
Kerjaya Baru
Tanggal 1 Disember 1990, aku mula bertugas sebagai Penjawat Awam. Dengan gelaran jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Aku pada mulanya ditempatkan di SK Bandar Sulaiman Shah, Pelabuhan Kelang. Terus aku telefon ke Unit Sekolah JPN Selangor tak angkat-angkat telefon. Aku lantas ke JPN Selangor di Wisma MPSA. Patutla tak angkat, pegawai bercuti, kata kerani kat situ, lepas buat penempatan pegawai akan bercuti atau bermesyuarat kat luar. Kalau cikgu nak merayu tak payah la, pergi je bertugas di sekolah yang ditempatkan.
Aku pergi lagi minggu berikutnya, pegawai tu masih tak ada, 2 minggu lagi sekolah dah nak buka. Minggu berikutnya aku pergi ke JPN Selangor, baru dapat berjumpa dengan pegawai berkenaan. Tah aku pun dah lupa nama dia, haji apa tah. Puas aku kelentong, last sekali dia akur juga dengan rayuan aku, maka aku pun ditempatkan di SK Hulu Kelang, Jalan Ampang. Hanya dengan sekeping nota yang ditandatanganinya aku pun pergi mendaftar diri ke SK Hulu Kelang. Aku jumpa tuan Guru Besar, Tuan Haji Mohd. Yusof bin Yasin, dia rupanya orang kuat Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat, dan Bendahari Koperasi KGMMB (kemudiannya sebagai Setiausaha KGMMB).
Dia panggil aku Mat. Dia nasihat aku. Akhirnya dia suruh aku mengajar Tahun Satu, alamak. Masak aku, kena mengajar Tahun satu. Kalau tak silap aku, aku kena mengajar kelas ketiga. Alamak lagi teruk, budak kelas aku penuh dengan pendatang dari negara jiran. Masak-masak. Cicak dipanggil biawak, masak betul. Aku macam cikgu tadika, nasib baik isteri aku, Salina mengajar Kelas Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran, bahan mengajar dia, ABM, soalan-soalan, flash card dia aku ambil selepas selesai dia gunakan.
Kini semua dah menjadi kenangan aku.

Subscribe to:
Posts (Atom)